Tentang Kami

Saya mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan pada tahun 2011..dengan bermodalkan RM300, saya memulakan perniagaan dengan menjual 5 keping simkad yg berharga RM60 setiap simkad..pada waktu itu saya melihat ramai pesaing yang menjual simkad yg sama tetapi harganya jauh lagi murah daripada harga kos saya..saya tidak berputus asa..saya tetap menjual 5 keping simkad tersebut dengan harga jualan RM65 termasuk kos pos ekspress yang berharga RM3.50..


Dengan kesabaran saya, 5 keping simkad itu berjaya dijual dengan jayanya..Alhamdulillah..dengan untung sebanyak RM1 setiap simkad, saya tetap gembira kerana ini adalah jualan pertama saya sebagai penjual secara online..

Alhamdulillah, selepas itu saya mula kenal supplier-supplier yang menjual simkad dengan harga borong yang sangat murah..tanpa fikir panjang saya mula memborong ratusan simkad dengan supplier saya..Alhamdulillah..jualan simkad saya makin laris..

Bila kita berada di atas, mula lah ada yang dengki dengan kita..mula mengacau perniagaan kita..namun begitu, saya tetap teguh dengan pendirian saya tanpa mempedulikan mereka yang bersifat antagonis seperti ini..

Setelah beberapa bulan berniaga simkad, alhamdulillah untung bersih saya dapat mencapai 4 angka..oleh kerana stok simkad tersebut makin berkurangan, perniagaan saya mula menjadi perlahan..peniaga yang masih ada simkad tersebut mengambil kesempatan dengan menaikkan harga simkad tersebut..setelah itu, saya memilih jalan untuk beralih ke perniagaan lain..

Antara bidang perniagaan yang pernah saya ceburi adalah seperti telekomunikasi dengan menjual handphone dan tablet, barangan sukan seperti raket, aksesori kamera, beg deuter ori dari vietnam, Al-Quran Digital dan sebagainya..setelah hampir 2 tahun selepas itu, saya membuat keputusan untuk mencari peluang perniagaan lain yang boleh dijadikan side income yang lain..

Akhirnya saya berjaya menemui perniagaan yang bukan sahaja bagus, malah kita juga mengajak kepada pengguna supaya mengamalkan hidup sihat tanpa penyakit..SHAKLEE telah lama dalam dunia pasaran..saya percaya ini adalah side income saya yang seterusnya..

Apa yang penting, jangan mengalah dalam perniagaan..jatuh bangun itu adalah lumrah seorang peniaga..rezeki itu ada di mana-mana..yakin pada ALLAH bahawa dialah yang memberi rezeki pada kita..

0 comments:

Post a Comment